CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 25, 2009

GERHANA MATAHARI..

Sdikit info ttg gerhana matahari..

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Saturday, January 24, 2009

SOLAT SUNAT GERHANA..

Pada hari Isnin ini 26 Januari 2009.. Insya-Allah gerhana matahari akan berlaku.. Kita disunatkan melakukan solat sunat gerhana.. Selain solat sunat gerhana,kita disunatkan juga untuk banyak beristighfar dan bersedekah pada waktu tersebut..

Sebelum solat sunat gerhana,kita disunatkan mandi sunat gerhana dulu..

Waktu solat sunat gerhana: Apabila gerhana bermula..
Takbir..
Niat solat sunat gerhana..(2 rakaat)
Doa iftitah:fatihah-surah(sunat baqarah)yg lain pun takpe
rukuk(baca subha..tu banyak-nabi baca lama)
lps tu bangun dn baca fatihah sekali lagi
kemudian baca surah (apa2 la)
kemudian rukuk sekali lagi
bangun semula dan sujud..

Rakaat 2
Macam rakaat 1 td- hingga salam.
klu kat masjid/jamaah ada khutbah

gerhana matahari - menunjukkan kebesaran allah
tanda amaran allah-jd banyak2 berdoa agar jauh dari perubahan alam yang mendatangkan musibah kpd kita..

اهل وسهلا ومرهبابكم

السلام عليكم

Selamat datang ana ucapkan kepada pengunjung blog Al-Jannah.. Terima kasih kerana ingin mengunjungi blog ana.. Blog ini khas untuk perbincangan tentang ilmu agama.. Semoga anda mendapat info bermanfaat daripada blog ini dan dapat dikongsi bersama..
Insya-Allah..

والسلام